VITAMINS AND SUPPLEMENTS BY FAIRUS ARSHAD

.::BE MY FOLLOWER::.

Friday, August 19, 2011

bom jangka yang bakal meletup

Bom jangka atau time bomb tercipta sejak hari pertama kita melangkah ke tempat kerja. Sasaran bom jangka adalah bagi memusnahkan masa depan pekerja, iaitu kita. Setiap orang ada bom jangka mereka sendiri. Saiz bom bergantung kepada saiz gaji. Kekuatan ledakannya menyamai saiz liability kita. Sekiranya gaji kecil tetapi liability besar, maka impaknya kepada kita juga adalah besar.

 
Apabila ia meletup, sumber pendapatan daripada gaji kita hilang sebaliknya terpaksa menanggung bebanan yang dahsyat. Tambah menyedihkan, kita tidak mampu memusnahkan bom jangka itu selagi kita hidup bergantung kepada gaji. Kita dapat mengurangkan ataupun menghilangkan ledakannya dengan mengurangkan liability ke tahap minimum atau zero.
 
Kita mengatur hidup berdasarkan wang gaji iaitu sebulan wang gaji. Dengan gaji yang diterima digunakan bagi membayar ansuran rumah, kereta, pinjaman pendidikan, insurans, belanja dapur, bil-bil seperti elektrik dan telefon, petrol, wang poket dan belanja am. Apabila gaji bulan depan diterima, kita meneruskan tradisi seperti bulan lepas bagi menyelesaikan komitmen sebulan. Kita terus hidup dari bulan ke bulan. 12 bulan gaji hanya dapat menanggung 12 bulan perbelanjaan.

budget burst

Kita memberitahu rakan berkenaaan kita sudah 12 tahun bekerja. Berbeza dengan seorang usahawan yang lebih berminat mengetahui berapa banyak keuntungan beliau dapat buat daripada bisnesnya.
usahawan

vs

 

Kita tidak mampu mematikan bom jangka kerana kita tidak mengetahui di manakah ia diletakkan. Kita hanya mengetahui kedudukan sebenarnya apabila ia meletup. Malang sekiranya kita menunggu ia meletup sebelum bertindak. Tindakan kita itu hanya bagi menyembuhkan luka-luka yang terjadi akibat ledakan bom. Apa terjadi sekiranya kita terus maut semasa ia meletup?? Bagaimana pula sekiranya kita terlibat dalam kemalangan atau dijangkiti penyakit kritikal seperti barah. Pada masa itu, ahli keluarga hilang arah tuju. Tiada wang bagi menanggung kos sara hidup selepas ketiadaan kita.
 
Apabila bom misteri itu meletup, dahan yang kita bergantung sudah tiada lagi. Kita kehilangan pekerjaan. Tetapi kita masih ada kaedah bagi menghalang bom itu daripada memberikan kesan dengan menggunakan ilmu. Dengan ilmu, ia menjaga kita dan mematikan kita mengenali yang mana sempadan dan teladan. Berlainan pula dengan wang, kita yang perlu menjaganya. Wang membutakan kita tanpa ilmu. Pertama kita perlu mengetahui risiko hidup apabila bergantung pada wang makan gaji. Kedua kita perlu mencari jalan bagi mendapatkan lebih banyak wang.

Apabila kita gagal merancang masa depan, ia menyebabkan kita tidak ubah seperti hidup kais bulan makan bulan. Sekiranya tidak dibendung, ia menjadi semakin parah. Kesilapan yang dibuat oleh pekerja makan gaji adalah meletakkan kedua-dua kakinya ke dalam dunia pekerjaan. Hasil yang diperolehi hanya daripada sumber gaji sahaja. Apabila sumber itu sudah tidak stabil, badan kita pun turut bergoyang.
 
Bom jangka hanya dapat dinyahaktifkan apabila kita bersara. Bukan bersara apabila umur mencecah 55 tahun. Bersara daripada menanggung bebanan kos sara hidup. Hidup tanpa perlu bergantung pada tulang 4 kerat. Kita ada bekalan wang untuk terus hidup senang.
 
Bom jangka terus wujud sejak hari pertama kita bekerja sehingga mencapai kebebasan kewangan. Sekiranya kita tidak mencapai kebebasan kewangan, anak kita terpaksa menanggung ledakan daripada bom jangka terakhir kita iaitu kematian. Anak kita melalui zaman perit sekiranya tiada harta yang ditinggalkan. Hanya bebanan hutang yang ditinggalkan. Ansuran kereta dan kos sara hidup menjadi tinggi nilainya apabila kita tidak ada wang. Kita tidak mampu membayarnya kerana tiada wang simpanan.
 
vs
Sekiranya bom pertama itu meletup, bom lain terus aktif sehingga kita kaya dengan wang bukannya kaya dengan hutang. Bom ini yang menyebabkan pendapatan kita  melalui bekerja makan gaji terjejas. Bom jangka dalam hal ini bermaksud segala jenis kejadian yang dapat menjejaskan pendapatan kita melalui makan gaji. Diberhentikan, tiada kenaikan gaji, tiada bonus adalah sebahagian daripada bom jangka, kemalangan, sakit, sayarikat berpindah, kos sara hidup yang meningkat dan syarikat bankrap adalah sebahagian daripada bom jangka. Ledakannya menjejaskan hidup kita. Ia membuatkan kita menanggung hutang keliling pinggang, harta terpaksa dilelong ataupun menghadapi tindakan muflis.

Kita masih hidup dengan kelekaan, menambah bebanan pinjaman. Pinjaman kereta yang lama belum habis, kita sudah menukarkanya dengan yang baru. Ini belum dicampur dengan pembelian barang keperluan lain yang dibayar secara ansuran.

Kebalkah kita sekiranya bom jangka itu meletup hari ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...