VITAMINS AND SUPPLEMENTS BY FAIRUS ARSHAD

.::BE MY FOLLOWER::.

Thursday, April 7, 2011

kelebihan bengkung

Kebaikan Bengkung

 *ramping selepas bersalin,
&
*ingin mengempiskan perut.


Selepas melahirkan anak, wanita dalam tempoh berpantang disyorkan mengikuti langkah-langkah rawatan mengembalikan kesegaran tubuh secara tradisi yang diwarisi sejak zaman nenek moyang.

Rawatan membantu wanita mengembalikan kelangsingan tubuh ini penting kerana selama sembilan bulan hamil, perut berubah bentuk dan wanita mengalami pertambahan berat badan.

Sekirannya rawatan tidak dilakukan, tubuh akan lesu tidak bermaya, muka pucat dan tidak berseri malah tubuh akan mengeleber dan tidak pejal.

Uniknya bahan-bahan yang digunakan untuk membantu perawatan diperbuat daripada tumbuhan semula jadi termasuk rempah ratus yang dikenali untuk memanaskan tubuh dan melancarkan peredaran darah.

Bahan-bahan semula jadi tidak mempunyai kesan sampingan yang membahaya sebaliknya membantu menghaluskan kulit dan mengembalikan semula keanjalannya.

Bahagian perut wajar diberi perhatian serius kerana perut yang tidak dijaga sepanjang tempoh pantang akan mengeleber.

Tubuh perlu diurut untuk melancarkan peredaran darah bagi membuang toksid dan kekotoran serta disapu dengan ramuan herba termasuk param dan pilis bagi tujuan membuang angin yang terkumpul di dalam tubuh.

Selepas sapuan, tubuh akan dibalut barut dan dipakaikan bengkung untuk mengembalikan bentuk tubuh asal yang ramping selama 44 hari iaitu selama dalam tempoh berpantang.



Perlukah saya memakai bengkung?


Bengkung digunakan secara tradisional untuk:



1. Meramping dan megempiskan perut
2. Membentuk potongan badan dan punggung 3. Menghalang perut masuk angin terutama semasa dalam pantang 4. Mengelakkan perut menggeleber
5. Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang baik

 



Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?



Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?

Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan.
Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda.
Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih).
Saya melahirkan anak secara caeseran, pemakaian bengkung PB saya mulakan 7 bulan setelah pembedahan....risau juga sekiranya jahitan masih belum sempurna sepenuhnya.  akan tetapi kesan dan hasilnya, alhamdulillah ok.


hubungi saya untuk PREMIUM BEAUTIFUL anda..!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...