masih ramai yang tidak memahami dan sedar mengenai kepentingan insurans walaupun ia memberi banyak kebaikan kepada mereka yang mengambilnya dan kita tidak tahu bila musibah akan menimpa diri seperti kata pepatah orang tua, `malang tidak berbau`.
kadangkala tanpa disangka, seseorang yang muda dan sihat, diserang sakit kronik atau kemalangan hingga tidak berupaya lagi untuk bekerja. di sinilah insurans memainkan peranan dalam memberi perlindungan kepada seseorang.
mereka yang masih muda dan sihat serta berkemampuan untuk mengambil insurans digalakkan mengambil insurans kerana lebih muda usia seseorang itu bermula, lebih tinggi pulangannya apabila tempoh matang insurans.
ada pelbagai insurans yang ditawarkan antaranya insurans:
- hayat,
- pendidikan,
- kesihatan dan
- am.
insurans yang popular dikalangan pelanggan adalah:
- insurans pendidikan dan
- insurans hayat.
jika di takaful yang mengamalkan pelaburan secara islamik, insurans hayat lebih dikenali sebagai insurans keluarga. namun kedua-duanya sama sahaja. ada sesetengah terutamanya orang Islam bimbang jika insurans yang dilaburkan mempunyai unsur riba tapi sekarang, hampir semua syarikat insurans mempunyai takaful.
~BERSAMBUNG~
No comments:
Post a Comment